Tentang Kami

Tadika Methodist Pending terletak di Jalan Tun Razak, bersebelahan dengan bangunan gereja lama Ching Kwong Methodist Church Kuching. Tadika ini merupakan sebuah bangunan yang berwarna-warni seumpama pelangi. Bangunan tadika ini mempunyai 17 bilik kelas, perpustakaan, bilik muzik, makmal computer, kafeteria dan dewan serbaguna. Semua bilik kelas adalah berhawa dingin dan dapat menampung seramai 350 orang murid-murid.
Tadika Methodist Pending menawarkan suasana pembelajaran yang optima untuk kanak-kanak pra-sekolah. Kami amat berbangga dengan pengurusan pentadbiran dan polisi pendidikan kami yang berkesan.
Ulang Tahun Ke-20: Seimbas Sejarah
Perkhidmatan yang kami tawarkan:
suasana yang ria
STADIUM TERTUTUP
pembelajaran aktif
Sesi Separuh Hari/Sepenuh Hari
pendidikan khas
pembelajaran kreatif
Bas Sekolah
guru-guru yang berkelayakan
Tujuan
- Mengasuh kanak-kanak dengan karunia dan semangat pengorbanan Kristus
- Menyebar kebenaran
- Mendidik kanak-kanak melalui pembelajaran yang seronok
- Berkhidmat untuk komuniti
- Demi kasih sesama manusia dan kemuliaan Tuhan
- Menyediakan persekitaran yang ideal untuk perkembangan pendidikan dan pengajaran berkualiti tinggi, dengan fokus pada kemampuan anak-anak untuk belajar.
- Menyediakan persekitaran yang bersepadu dan kreatif.
- Menekankan pada lima aspek pembangunan yang harmoni: rohani, intelektual, fizikal, sosial dan estetika.


Matlamat
- Membimbing anak-anak untuk mengetahui tentang Tuhan yang mencipta alam semesta.
- Menyediakan persekitaran yang selamat, hangat dan menyenangkan.
- Membantu anak-anak membina disiplin diri.
- Melatih anak-anak untuk memupuk tabiat kesihatan dan sikap sopan santun.
- Membantu anak-anak belajar menjaga orang lain.
- Mengajar anak-anak untuk mentaati dan menghormati ibu bapa, guru yang disayangi dan tetangga mereka.